center

Tuesday, 7 April 2015

Make Over - Master Bedroom

Emm, dah lama dah make over ni masa cuti sem haritu tapi baru berkesempatan nak share... Semua hasil kerja sendiri sebab bosantakde kerja then cari kerja. Hahaha...

Dari mengecat, pasang perabot sehingga kerja-kerja menghias adalah hasil titik peluh kami sendiri. Jom layannn.....












Photographer Bidan Terjun

Ini kali kedua kami amek job untuk majlis nikah. First untuk majlis nikah member ofis kat Kelantan, Sanggup terbang ke Kelantan sebab nak tolong ambil gambar nikah dia. Tiket flight bayar sendiri takde ditaja dan tak minta ditaja pun. Pergi pagi then malam fly balik KL. Dan yang terbaru 2 -3 hari lepas untuk majlis nikah anak mummy azimah. Last minit baru dapat tau kena amek gambar nikah anak mummy so tak prepare pape just lap-lap je kamera, charge bateri then hari kejadian terus snap. Kami bukanlah photographer bertauliah so gambar ada yang jadi dan ada yang tak berapa nak jadi. Walaubagaimanapun, harap-harap ianya tak mengecewakan mummy. 

Dan pernah sekali shoot untuk outdoor kat Putrajaya. Yang ni paling rare, penat, kelakar dan berharga sebab dari pagi sampai maghrib, haha. Lokasi shoot masa tu kat Bukit Hijau Putrajaya. 

Orang selalu tanya berapa bayaran kami dapat kalau amek job macam ni? Actually kami pun tak tau nak jawab sebab kami tak pernah letak sebarang harga. Orang suka gambar tu then orang bayar, tak suka tak perlu bayar. Yela takkan nak jual gambar yang takde kualiti kat orang. Kalau kami pun kami tak nak beli gambar yang takde kualiti. Bukan kami je semua orang mesti tak nak. Tapi ada plak orang cakap, penatla kalau takde dapat bayaran pape, well ni jawapan selalu kami bagi "saya suka tangkap gambar, so bukan duit yang saya kejar tapi pengalaman tu yang saya takkan dapat kat mana2 " . Jawapan nampak macam hipokritkan? Tapi tu la realitinya. Time-time camni la nak belajar shoot, nak belajar handle orang, nak main lighting, setting segala bagai. Kalau tak kamera tu terperap dalam bilik je. Beli mahal-mahal tapi tak guna buatpe kan.

Tapi so far buat masa sekarang kami berani amek job dan tolong kawan2/sedara mara terdekat je yang expectation nye tak tinggi. Yang tak mengharapkan gambar tu sampai taraf Saiful Nang punya gambar kan. So berani la nak amek. Takde tekanan, nak shoot pun rilex. Buatpe dapat bayaran mahal tapi kerja dalam keadaan tertekan. Kita yang nak shoot ok, tuan rumah pun ok so ngam la kan.

Sampai bila nak buat job free? Emm... Sampai bila-bila la. Hahaha... sampai kami betul2 puas hati dengan setiap hasil tembakan kami. Bila kami dah betul-betul pro baru masa tu kami berani nak letak harga. Haha....

Kami masih dalam proses belajar. Belajar sampai tua, insyaallah.... Tapi even cakap FOC pun, kami tetap dapat payment nya sebab kawan-kawan still berkeras nak bayar. Kalau nak bayar, bayarla ikut kemampuan korang. Kami terima je berapa pun takde minimum takde maksimum.

Sekitar majlis nikah anak mummy Azimah. Maaf takleh upload banyak sebab keluarga pengantin pun belum dapat softcopy gambar-gambar ni. Hehehe...


















Tuesday, 31 March 2015

Sunday, 22 February 2015

Carboot Sales Bandar Sri Putra

Bismillah....

Tempat : Bandar Sri Putra

Tarikh Carboot : 22 Februari 2015
Hari : Ahad
Masa : 7.00 pagi - 12.00 tgh

Setelah sekian lama tak update blog ni, harini kami berkesempatan nak kongsikan aktiviti hujung minggu kami. Aktiviti ni dah macam jadi aktiviti wajib kami setiap minggu. Menjual barang2 rumah yang terpakai macam baju, seluar, novel, majalah, buku2 lama, etc. Orang putih panggil Carboot Sales. Buka bonet then jual. Mudahkan? Sesimple ABC, hehehe... Actually dah lama kami nak join carboot sales camni tapi tak pernah berkesempatan sebab hujung minggu kami selama 5 tahun ni dipenuhi dengan menghadiri kelas. Student part time kan, so hujung minggu je kenala korban masa untuk belajar. Balik kampung pun 3 ke 4 bulan sekali. 

Ok berbalik pasal carboot sales ni, tahun 2015 ni kami dah start join carboot sales since kami dah berjaya tamatkan study selama 5 tahun ni cuma tak konvo je lagi. Insyaallah bulan 4 ni kami konvo ok. Sebelum ni kami dah join carboot kat Putrajaya (dah 2x) dan ini juga kali ke-2 kami join carboot sales kat Bandar Sri Putra. Lokasi dia betul2 tepi jalan. So kalau exit tol Bandar Sri Putra lepas bayar tol korang toleh kiri mesti perasan carboot sales ni. Actually bukanlah setiap minggu kat situ. Kalau kat Bandar Sri Putra ni kalau tak salah setiap minggu ke-3. Setiap minggu lokasi carboot ni berubah2. Minggu pertama kat tempat lain, minggu ke-2 tempat lain, minggu ke-3 tempat lain dan minggu ke-4 tempat lain.Untuk lebih detail korang boleh refer jadual carboot kat  web carboot sales ni . Untuk jadual dan pendaftaran boleh terus refer pada link tu juga ok. Terbuka kepada semua orang dengan syarat korang jual barang rumah korang yang dah tak nak pakai. Barang baru tak boleh. Tapi, biasala ada juga yang ketegaq jual barang2 yang tak sepatutnya. 

Macam-macam ada. Harga pun murah. Dari serendah RM0.50 sampai la yang ratusan ringgit. Selalunya ratusan tu untuk barang2 rare je. So, kami pun taknak coloteh panjang, jom layan beberapa keping gambar yang kami sempat snap untuk tatapan korang semua... 

Macam-macam ada t-shirt, kameja, jeans, novel, teddy bear, kasut, etc serendah RM 5.00


Stroller terpakai murah-murah je


Barang-barang untuk baby terpakai
Perhiasan dinding pun ada

Pengungjung yang datang tak henti-henti dari pukul 7.00 pagi sampaila 12.00 tgh tak putus-putus

Alat tulis pun ada


Kakak ni jual baju-baju kanak-kanak from UK. Baju untuk orang dewasa pun ada. Kebanyakannya dari UK. Dulu dia pernah duduk UK.


Ni memang rare. Barang-barang zaman penjajah pun ada


Type writer zaman dulu-dulu


Macam-macam handbag murah-murah


Aneka jam tangan. Harga still boleh tawar


Koleksi yang rare


Beg-beg zaman koboi, hahaha....


Tabung-tabung yang takde dijual kat kedai. Tapi kat carboot ada jual murah


Peralatan dapur pun ada

So, kalau korang takde buat pape hujung minggu jomla sekali sekala terjah carboot sales kat sini. Dengan RM20 macam-macam korang boleh beli....


Next carboot sales :
1 Mac 2015 (Ahad) : Bandar Bukit Mahkota Seksyen 2
8 Mac 2015 (Ahad) : Bandar Bukit Mahkota Seksyen 2
8 Mac 2015 (Ahad) : Kelab Tasik Putrajaya
15 Mac 2015 (Ahad) : Bandar Bukit Mahkota Seksyen 4
22 Mac 2015 (Ahad) : Bandar Sri Putra
29 Mac 2015 (Ahad) : Bandar Sri Putra


Nota Gambar : Snap guna handphone saja....

Sunday, 18 January 2015

Planning Trip 2015

Ke manakah kami???


Dah lama tak update blog. Alhamdulillah exam pun dah habes. Habes untuk selama-lamanya insyaallah pasni takyah fikir2 study lagi. Fikir nak cari duit dan travel dan travel dan travel lagi je. Hahaha... bape banyak travel daa.... 

Lepas je exam kami dah buat plannning untuk travel. Actually sebelum exam dah plan tapi lepas exam ni barula kami ada masa untuk search dan survey2 ke mana nak dituju untuk trip 2015 ni. So far sehingga blog ni di update, kami dah ada route untuk lokasi2 yang nak dituju. Wow!! percutian 2015 ni yang paling mahal dan jauh kot yang pernah kami plan. Dan ketika kami menaip ni, actually selangkah kaki dah berada di one of negara yang akan kami tuju. Means, tiket pergi dah beli cuma tiket balik je belum. Memandangkan currency kita yang tak menentu sekarang so, kami hold dulu untuk beli tiket balik. Cadangnya nak pergi ikut negara lain then balik ikut negara lain. Padahal tiket balik tu dah ngam dah dengan bajet kami tapi masih nak tunggu lagi. Manala nak tau kan kot2 rezeki dipihak kami ke kan. Hehe. 

Iltenary pun dah siap tapi untuk draf kedua. Masih banyak yang nak dibetulkan. Tapi dah taula hala tuju nya. Cuma nak try work out untuk cari harga yang lebih murah. Bajet kannn. Duit takde banyak tapi nak travel ngalahkan diva. World la sangatkan.... Hehe. 

2 hari ni memang siang malam la bertungkus lumus siapkan iltenari even trip nyer lambat lagi. Tapi tak salahkan buat awal2. Pelan-pelan kayuh. Lagipun benda2 camni kami memang suka buat awal2 senang nak kumpul duit kalau bajet tak cukup. So ada la masa untuk cari duit topup mana yang patut. 

Hari2 buat benda ni, sampai dah terror la menghafal peta dunia ni. Siap boleh lukis2 lagi route. Haha. Memang gigih berusaha betul. Terror jap bab geografi. Dulu masa sekolah jangan harapla nak hafal benua2 ni semua. Sekarang dah terdesak,, hamek kau tidur malam pun leh mimpi peta dunia. Mana taknyer sebelum tidur tengok map, bangun tidur pun tengok map. Gila!! Haha...

Jom belajar geografi
saja letak gambar yang takde nama negara sebab dah ada dalam otak  semua
konon bajet bagus!haha!!


Thursday, 1 January 2015

Pemenang "Pengomen Bertuah Edisi 1"

So seperti dijanjikan hari ni 1 Januari 2015 kami akan umumkan pemenang bagi pengomen bertuah yang bertuah itu. Hehe... Sambutan yang diterima agak mendukacitakan bagi kami di team sisikami. Tapi apapun, perjuangan mesti diteruskan. Kami sangat berbesar hati menerima komen2 dari korang walaupun tak banyakkan. Walaupun blog ni masih tak glemer tapi masih ada yang sudi mengunjungi blog kami dan menyertai pertandingan mencari pengomen bertuah ni. Hehe. So, sekalung terima kasih pada pengomen2 yang telah mengomen sepanjang tempoh 1 minggu ni. Walaupun hadiah yang ditawarkan bukanlah Iphone 6 tapi masih ada yang sudi menyertainya. Haha. Tapi takpe, maybe ini masih permulaan untuk orang mengenali kami di sisikami. Who knows one day kami akan seglemer Abang Nara ke Oh Bulan ke kan.... Hehe Insyaallah kami akan terus dengan pertandingan2 lain pulak lepas ni. So pada yang tak berjaya tu boleh cuba lagi next time. Masih banyak hadiah yang korang boleh menang, Insyaallah. The winner is???

Pengomen Bertuah Pertama is

Fifi Ahmad

Why kami pilih anda??? ni sebabnya - Anda merupakan pengomen pertama kami dalam entry Part 10 - Destinasi Bajet Kami Ke Korea yang mengomen di Facebook sisikami. Bukan ayat pujian anda atau sebab anda adalah one of our friend tapi sebab anda memang follower yang sanggup membaca dari Part 1 sampai Part 10. Tq sebab support blog sisikami. Ni hadiah yang anda menang :






Untuk pengetahuan korang ni sweater yang kami beli dari Colonize Outlet di Myeondong Korea. Original dan yang penting baru. Masih suci lagi. Direka khas oleh pereka tempatan anak Korea. Brand of Korea ok. Memang giler dapat masuk outlet ni. Kami beli hampir 10 helai dengan berbagai design. Kalau korang nak tau, Colonize ni banyak juga dipakai oleh artis2 K-Pop Korea. Kalau tak caya korang boleh ke outlet ni di Myeondong nanti tengok banyak gambar artis2 K-Pop Korea yang pakai baju ni ditampal di dinding butik tersebut (kalau korang pergi Korea la) Atau cara paling mudah nak provekan apa yang kami khabar ni korang boleh layari website Colonize. Google je brand ni mesti keluar banyak gambar design2 dia.

Gambar ihsan dari Mr. Google


Basic House is a well-known Korean brand in Korea. They have over 100 outlets in Korea. Endorsed by Won Bin
Colonize was first well known in Korea where it appears in Korean variety shows and Korean Drama ‘Boys Before Flowers’
(sumber dari blog colonize)

Gambar ihsan dari Mr. Google

Shopping in Seoul: One of Popular Korean Clothing Brands to Buy

Colonize – Another really fun Korean fashion brand is Colonize. Just like BANC, Colonize specializes in their own originally characters such as Lava Boy, Bubble Monster, Movement Girl among others. The colors are really bright and youthful, hopefully just like you!

→ Style: jackets/hoodies with their characters
→ Official Site: http://www.colonize.co.kr/
(sumber dari Mr. Google)


Pengomen Bertuah Ke-2

Cik Cilik

Thanks sahabat jauh dari Perlis sebab menjadi pengomen bertuah ke-2. Terima kasih sebab mengomen terus diruangan Entry Part 10 Destinasi Bajet Kami Ke Korea. Komen yang sangat membina dan mengimbau kenangan lama. Terima kasih sebab menjadi sebahagian dari follower sisikami. Lain kali komen lagi. Kot2 jadi pemenang lagi. Hehe. Ni hadiah yang anda menangi :

Sepasang sudu dan chopstick Korea dan 1 set fridge magnet Seoul Tower 
Barang2 ni hanya boleh dapat kat Korea je ni. Hehe. So boleh la dinner dengan suami guna sudu ni. Feeling2 Korea gi tu. Hehe.





Tahniah kepada pemenang

Untuk mudahkan urusan penghantaran hadiah2 ni, mohon pengomen2 bertuah di atas Emailkan alamat anda ke w.isnzr@gmail.com atau PM terus di FB sisikami

Selamat Tahun Baru 2015


prayforpantaitimur . prayformh370 . prayformh17 . prayforqz8501

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang