center

Tuesday, 5 January 2016

Part 8 : Kembara Europe - Langenargen, German


Kenapa kami pilih untuk ke Langenargen??? Sebab nak drive terus dari Interlaken ke Munich akan ambil masa 5-6 jam untuk drive so kami tak nak rushing, nak enjoy, dan nak rileks-rileks. Last minit jugak kami decide untuk berhenti dipertengahan jalan dan bermalam di Langenargen ni. Langenargen ni cantik sebenarnya tapi kena datang time summer baru meriah kat sini. 

Langenargen masa musim summer macam ni la view nyer.
(Gambar ihsan Mr. Google)

Lepas breakfast kami bersiap-siap untuk keluar jalan kat pekan ni sebelum balik ke Munich dan pulangkan kereta. Pagi yang sungguh segar dan sejuk. Kebetulan ada pasar tani. Pasar tani yang ala-ala je. Ada jual roti, kopi, bunga, sayur, cheese, daging, etc... Cuma ada beberapa gerai dan orang pun tak ramai so rasa macam tenang je. Actually pasar tani ni sebelah tasik tapi disebabkan kabus yang sangat tebal memang tak nampak langsung macam ada tasik.

Peniaga bunga di pasar tani
Bunga yang segar


Kami beli buah yang dikeringkan....

Nenas kering

Orang pekan ni agak pelik juga tengok tourist time-time winter macam ni. Tapi jangan risau, orang-orang nya sangatla friendly. Cuma diorang cakap diorang pelik dan tak sangka ada tourist kat pekan ni time winter. Haha... Nampak sangat kami datang menyinggah salah musim. Kalau korang search kat google pekan ni agak terkenal la time musim summer sebab banyak aktiviti diorang buat masa summer. Boleh nampak kawasan berbukit dan pergunungan jugak tapi yelah, dah kabus tebal macam ni apa yang nak nampaknyer kan....
Pagi yang berkabus ditepi tasik. Menunggu salji turun...
Budak sekolah nak pergi sekolah

Di pagi raya di Langenargen dengan kabus yang tebal dan sejuk
Lokasi masih sama tepi tasik tapi time ni musim winter salji pun dah tebal. Kami terawal sikit sampai. Kalau tak dapatla tengok view macam ni.
(Gambar ihsan Mr. Google)
Ini la Langenargen kalau datang time summer.
(Gambar ihsan Mr. Google)
Time summer baru nampak tasik biru tu. Sekali salah singgah musim daa...
(Gambar ihsan Mr. Google)

Selamat Hari Raya Malaysia..hehe...





Salam raya diperantauan dari kami, pelajar perubatan kelas 3, Langenargen University of German untuk keluarga tercinta yang berada di tanahair. Kalau makan ketupat dan rendang tu ingat-ingatla kami di sini Hahahaa...
Tengok gambar ni dan tengok gambar bawah cuma kami di jalan sebelah sini, gambar bawah dijalan sebelah sana. Tapi masih dilokasi yang sama. Haha... 


Ni pulak kalau masa salji dah turun. Masa kami sampai baru masuk winter so salji masih belum turun kat sini. Bangunan oren tu sama kan dengan bangunan kat atas.

Melintasi deretan kedai-kedai kat pekan Langenargen

Jalan tutup untuk setup downtown sempena Krismas.
Anak Che Ta dalam stroller di Langenargen...
Menara jam

Apala depa ni buat...


Balik sekolah

Tourist-Information Langenargen
Obere Seestraße 2/1
88085 Langenargen
Deutschland
Tel.: +49 (0) 7543 933092
Fax: +49 (0) 7543 4696
touristinfo@langenargen.de

Okey, lepas dah meneroka pekan Langenargen ni kami teruskan perjalan ke Munich untuk hantar kereta. Takde gambar nak tunjuk sebab sepanjang jalan, berkabus je. 

Lepas selesai urusan hantar kereta kat basement Terminal 2 Munich Airport, kami ke kaunter Hertz kat Terminal 2 untuk selesaikan urusan bayaran. Disebabkan kami terlewat hantar kereta 1 jam so kenala charge sikit. Kalau tak, kena charge 1 hari lewat tapi lepas merayu cakap sesat masa nak hantar kereta dapatla diskaun. 


Jom tengok TOTAL PERBELANJAAN kami untuk Part 8 ni ;

  1. Sewa kereta 4 hari (kad kredit) = 308.98 Euro = RM 1465.92/4org = RM 366.48

Jumlah perbelanjaan terkumpul setakat ni ( Part 1 - Part 8)
 = RM 3,512.75


Wednesday, 30 December 2015

Part 7 : Kembara Europe - Dari Interlaken ke Langenargen, German

Hari ketujuh, kami mandi, solat dan enjoy breakfast macam biasa cuma agak rileks sikit sebab tak terkejar nak ke mana. So sebelum check out sempatla snap gambar keadaan bilik di mana kami menumpang berteduh selama 2 malam di bumi Swiss ni. 

Ready untuk checkout
Inilah bilik yang kami tinggalkan
Penuh lif
Good bye Alp Lodge
Kereta kami membeku sebab dua malam ditinggalkan kat parking. Jenuh juga cari air untuk hilangkan ketulan ais kat cermin tu.

Sebelum teruskan perjalanan ke Langenargen kami sempat isi minyak CHF 10.00 just stanby kot-kot nak jumpa station minyak jauh lagi. Tank sebenarnya masih berbaki setengah takuk lagi so kalau ikutkan cukup je nak sampai Langenargen. Tapi tindakan proaktif kena diambil sebelum apa-apa terjadi kan. Hehe...

Dalam perjalanan ke Langenargen, kami sempat singgah kat Bern. Untuk pengetahuan,Bern ni adalah ibu negara kepada Switzerland. Dulu-dulu ingat Zurich ibu negara Switzerland. Hehe... 

Jom layan gambar kami di Bern

Sungai yang menghijau dan membiru
Bandar Bern
Lorong kereta dan tram berkongsi laluan yang sama
Indahnya ciptaan Illahi


Muslimah di Bern

Kami habiskan masa lebih kurang 1 jam pusing-pusing Bern. Just jalan-jalan tengok tempat je. Tak de beli pape pun sebab mahal. Haha..

Lepas Bern, kami teruskan perjalanan ke destinasi utama iaitu Langenargen. Seperti biasa kenala melalui pondok imigresen ni. Masa ni kami melalui sempadan Austria. So dapatla rasa jejak kaki dibumi Austria kejap walaupun lalu je.

Sempadan Austria
Lain station minyak lain harga.
Tips berguna : Sila elakkan isi minyak dekat highway sebab mahalllll!!!
Station minyak ni sebelah-sebelah je dengan station kat atas tu tapi harga pun dah beza. So, pilihla yang murah ok.
Nak masuk German lalu imigresen German pulak
Dalam perjalanan ke Langenargen. 

GPS paling penting dan mesti up to date kalau tak sesat barat la nanti
See the view
Pandulah ikut hadlaju yang ditetapkan yer kalau tak nak kena saman.
Kami sampai di Langenargen. Perjalanan kami Langenargen tak dapat nak ambil gambar banyak sebab jalan diseliputi dengan kabus yang sangat tebal.
Salah rumah daa....
Kabus tebal disiang hari.
Welcome to Ferienwohnung Rulh Apartment
Takdan nak ambik gambar dah bersepah beg masing-masing

Lepas kena marah dengan photographer baru ruang tamu dalam keadaan kemas untuk shoot. Haha

Dapur pun complete
Keadaan kat luar yang sangat sejuk dan berkabus
Ada balkoni kot-kot nak feeling-feeling ambil angin luar
Kolam pun ada. Boleh lemas jugak kolam ni kalau tak pandai berenang. Hahaha...
Bilik tidur utama. Lagi 2 orang tidur kat atas katil yang ada kat ruang tamu yer.
Lepas mandi dan solat, chef masak maggi kari untuk dinner kami di Langenargen
Masa ni nikmat maggi panas sehingga menusuk ke kalbu.
Makan bertambah-tambah.

Lepas makan, layan borak sat lepas tu Zzzz.... Sian driver penat drive..

Jom tengok perbelanjaan kami untuk Part 7 ni ;
  1. Isi minyak kat Interlaken = CHF 10.00/4 x 4.21 = RM 10.53
  2. Bayar Ferienwohnung Ruhl Apartment = Euro 70.00/4 x 4.01  = RM 70.18
Maka TOTAL PERBELANJAAN untuk Part 7 = RM 80.71/pax


Jumlah perbelanjaan terkumpul setakat ni (Part 1 - Part 7) = RM 3,146.27


Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang