center

Monday 22 December 2014

Destinasi Bajet Kami Ke Korea - Part 10 (Day 8 - Busan)

Hari Kelapan - Last Day - Last Part

(Pengomen bertuah akan dapat souvenier Korea dari sisikami)


Last day di bumi Korea. Cepat je masa berlalukan. Sedar tak sedar dah 8 hari kami kat Korea ni. Flight balik Malaysia pukul 4.20 ptg. Bangun awal pagi, kami jalan kaki ke Haeundae Beach. Orang kata datang ke Busan tapi tak pi Haeundae Beach Beach macam tak sempurna. Busan kan terkenal dengan pantai-pantainya. Dari New Day lebih kurang 300 meter, dalam 10 minit jalan kaki. Ramai jugak orang yang tidoq kat pantai ni. Sure semalam mabuk-mabuk then tak balik rumah, diorang tido je atas pasir. Emm.. dapat tengok orang jogging. Bunyi ombak menghempas pantai sangat kuat. sebab pagi lagi kot. Kejap je dapat lepak kat pantai sebab nak kena balik hotel untuk kemas barang sebelum check out.
 
Haeundae Beach
Tengok tu, ada orang tidur kat pantai 

Haeundae Beach
Haeundae Beach
 
Haeundae Beach
Matahari tengah nak naik

Matahari dah naik. Tak sempat nak tengok matahari terbit


Kedai-kedai masih belum buka. Awal lagi daa...
 
Jalan masih lengang sebab pagi lagi time ni

Breakfast pagi yang fantastik uolls di rooftop...

Nasi goreng telur dan lada

Teh panas

Megi telur Cik Mel

Kami check out dalam pukul 10.00 pg. On the way nak ke airport kami cadang untuk singgah sekejap kat Centum City. Kami ambik tren dan turun kat Centum City Station (Line 1). Centum City Station merupakan shopping mall terbesar di dunia hokey. Dapat World Guiness  Book Record tu. Memang besar & tak tercover kami. Barang-barang pun mahal-mahal. Supo Pavillion dah. Huhu...

Shinsegae Centum City

Mahal giler ikan masin dia. Ada 10 ekor je kot tapi harga 300,000 won bersamaan RM900, betul ke ni??

Lepas mundar-mandir kat mall tu kami terus gerak ke Sasang Station. Tren kat bawah mall je. Dari Sasang Station ni la kami tukar tren untuk ke Gimhae Airport.

Selamat tinggal Busan

Excited nak balik, terberatur kat zon orang tua a.k.a warga emas. See the sign on the floor
Tapi xpela korang memang look old pun, hahaha..

Kami dah nak pulang

Peace, selamat tinggal Busan.
Dari Sasang Station menuju ke Gimhae International Airport
 
Menuju ke Gimhae International Airport

Mundar mandir di airport dan check in luggage. Di sini sekali lagi memori tercipta. Masa sampai kat kastam tiba-tiba beg Cik Pororo berbunyi. Tut.. Tut.. Bila discan baru la Cik Pororo sedar. Dah berapa hari dia boleh tak sedar dalam beg galas dia ada teh yang dibeli untuk mak dia. Adoyai... terpaksa patah balik pi kaunter tambah luggage. Mahal tu RM124 untuk 1kg bebih. Apalah nasib.. Bayar jugak la sebab souvenier untuk mak dia. Harga teh murah je tak sampai 30 hengget pun. Emmm...menyayat hati. Kau usung beg tu ke hulu ke hilir dari Jeju  selama seminggu langsung tak sedar dalam beg ada teh sekil. Oh Pororo...

4.20 petang kami dah ready untuk kembali ke Malaysia. Dalam flight takyah citer la semua nya membuta kottt.... hehe...

Dalam pukul 11.00 malam (waktu Malaysia ye) kami selamat mendarat di LCCT. Terjejaknya kaki kat LCCT ni maka berakhirla semua citer ni. Orang kata. The End.... atau dalam bahasa P.Ramlee nya TAMMAT!!!


Summary :

  • Tren dari Haeundaeu - Centum City = 1,200 won/pax
  • Tren dari Centum City - Sasang I/C = 1,400 won/pax
  • Tren dari Sasang - Gimhae International Airport = 1,200 won/pax
Kat Busan ni fare subway dia dikira macam ni :
10 KM pertama = 1,200 won
> 10 KM = 1,400 won


Total Day 8 = 3,800 won/pax = RM 11.59
(Rate kami dapat RM 3.05)




 
SUMMARY ( 8 hari punya)
 
  1. Duit Flight Air Asia (All in) = RM453/pax
  2. Duit Makan (cth : Brahim,meggi,biskut,etc) = RM20/pax
Total perbelanjaan = RM 473/org
 
  1. Flight Busan - Jeju = 38,300 won/pax
  2. Locker di Gimhae Airport = 10,000 won/5 = 2000 won/pax
  3. Sewa Kia K3 (KT Kumho) = 80,800/5 = 16,160 won/pax
  4. Makan malam - free
Total Day 1 - 56,460/pax = RM 172.20/pax
 
  1. Kimnyong Maze Park = 3,300 won/pax
  2. Ilchulbong Sunrise Peak = 2,000 won/pax
  3. Rumah Api Seongwipo = 200 won/pax
  4. Sotong bakar = 10,000/5 = 2,000 won/pax
  5. Jeju Mini Land = 4,500 won
  6. Trick Art Museum = 4,000 won/pax
  7. Namguk Hotel = 78,000/5 = 15,600 won/pax
Total Day 2 = 31,600 won/pax = RM 96.38/pax
 
  1. A Live Museum = 9000 won/pax
  2. Sotong bakar di Cheongjiyeon Waterfall = 10,000/5 = 2,000 won/pax
  3. Mystery Road = FOC
  4. Love Land = 9000 won/pax
  5. Refill minyak kereta = 49,440/5 = 9,880 won/pax
  6. Tiket flight Jeju - Gimpo,Seoul = 72,850 won/pax
Total Day 3 = 102,730 won/pax = RM 313.33
 
  1. Kad T-Money = 2,500 won/card
  2. Instant Rice untuk dinner = 11,900/5 = 2,380 won/pax
  3. Beewon Guest House = 256,000/5 = 51,200 won/3 night/pax
Total Day 3 samb. = 56,080 won/pax = RM 171.04/pax
 
  1. Tiket bas ke Nami Island (Return) = 15,000 won/pax
  2. Feri ke Nami Island = 8,000 won/pax
  3. Shuttle bas dari Myeondong - Namsan Cable Car = FOC
  4. Tiket cable Car Namsan Tower = 8,000 won/pax
  5. Souvenier = ikut bajet masing2 yer. Banyak beli banyak le keluar duit
  6. Korban T-Money = 1,050 won/pax
  7. Telur 10 biji = 3,300 won/5 = 660 won
Total Day 4 = 32,710won/pax = RM 99.77
 
  1. Geongbokgeong Palaca = FOC (sebab thanks giving day)
  2. Statue Sejong-Daero = FOC
  3. Ketam 1 kg = 10,000/5 = 2,000/pax
  4. Udang 1 kg = 20,000/5 = 4,000/pax
  5. Korban T-Money = 1,050+1,050+1,150+1,050+1,050 = 5,350/pax
Shopping = Duit masing-masing yer tapi tak banyak pun habis untuk shopping kalau pandai belajar kawal nafsu. hahaha....
Total Day 5 = 11,350 won/pax = RM 34.62/pax
 
  1. Buckchon Hanok Village = FOC
  2. Unhyeongung Palace = 3,000 won/pax/entry + 1,500 won/pax/hanbook
  3. Tren ; Jangno - Seoul Station = 1,050 won/pax
  4. Tren ; Seoul Station - Itaewon = 1,050 won/pax
  5. Tren ; Itaewon - Dongdaemun = 1,050 won/pax
  6. Tren ; Dongdaemun - Seoul Station = 1,050 won/pax
  7. Tren Korail dari Seoul Station - Busan = 28,600 won/pax (kelas ekonomi - 6jam perjalanan)
  8. Makan dan souvenier = masing2 okey, pandai-pandai la berbelanja kalau nak jimat hehehe
Total Day 6 = 37,300 won/pax = RM 113.77
 
  1. One Day Pass (tiket tren untuk 1 hari unlimited) = 4,000 won/pax
  2. Penginapan di The New Day Hotel = 80,000 won/4 = 20,000 won/pax
Total Day 9 = 24,000 won/pax = RM 73.20/pax
 
Part 10 :
  1. Tren dari Haeundaeu - Centum City = 1,200 won/pax
  2. Tren dari Centum City - Sasang I/C = 1,400 won/pax
  3. Tren dari Sasang - Gimhae International Airport = 1,200 won/pax
Total Day 10 = 3,800 won/pax = RM 11.59/pax


 
 
8 hari di bumi Korea-KL-Busan-Jeju-Seoul-Busan-KL
 
 TOTAL KESELURUHAN
RM 1,558.90
 
Note :

Maaf kami mengambil masa yang lama untuk menghabiskan entry ni sebab sekarang keadaan sangat mem'busy'kan. Dengan kerja, belajar, final exam lagi so ada masa tak terkejar semua  tu. So, kena pelan2 kayuh ler. Hehe... TQ pada yang sudi mengunjungi blog sisikami.blogspot.com ni. Banyak benda nak kami kongsikan. Insyaallah....
 
Seperti yang dijanjikan sebelum ni, kami akan beri hadiah/souvenier yang kami beli kat Korea untuk pengomen terpilih. Korang boleh komen apa2 je samada kat FB sisikami atau komen je kat ruangan di bawah entry ni.
 
Keputusan sapa yang terpilih tu kami akan umum kan pada 1 Januari 2015. So korang ada masa 1 minggu lebih lagi untuk mengomen okey. Thanks....
 
 

- THE END -
 


4 comments:

  1. Comment sehingga 31 Disember 2014. Yang terpilih kami akan hadiahkan souvenier dari Korea. So Jangan lepaskan peluang ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis...seronok bce entri psl korea ni...insyaAllah sy akan ke sana end of april ni dan stay kat BeeWoon juga...mcm menarik jek dok kt blik di rooftoop tu, tu pn kena request ke sblm ke sna?...lg 1 sis ada mentioned msak kt ctu, so cmne ye sis samak peralatan memasak tu...tq again brkongsi mklumat...sgt2 membantu insan2 spt sy membuat persediaan sblm ke sana...xoxo

      Delete
    2. Hi ryyn, sori balas kat sini je xpe kan. Ktrg bawa sabun taharah utk cuci peralatan dapur yg ktrg guna tu. Dan pasal yang bilik kat rooftop tu just book siap2 kat website beewon. Mmg ktrg book untuk duduk kat rooftop. Tapi tak sure bilik tu nama pe. Ada 1 bilik je kat rooftop tu bestla feeling2 cam dalam citer korea tu kan. Hehe. Staf hostel pun semua best dorg respek dan faham kt muslim so xde masalah. Nanti tryla pergi pasar beli barang dan masak mmg best dan berbaloi. Ktrg bawa perencah tomyam then beli seafood kat pasar then masak ramai2 then makan kat rooftop memang korea habes. Haha. So selamat bercuti ke korea. Oh yer, nasi boleh beli yg instant je kat mart.

      Delete
  2. Cik wan kalu buat apa mmg details dr zaman study gi..1 gi bab duit cukup details..so entry korean ni ckup rasa.!!!syabas cik wan berjaya abiskan entry korean ni..:)..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan comment anda di sini. Terima Kasih...

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang