center

Saturday, 4 November 2017

Jepun 3 : Shirakawago


HARI KE 3 : 11 MEI 2017


Seperti biasa hari ketiga di Jepun kami mulakan dengan bangun solat mandi dan solat subuh. Kemudian prepare breakfast. Rutin biasa bila travel macam ni la. Buat benda sama setiap pagi.

So hari ke3 kami ke Shirakawago. Pakej ke Shirakawago ni kami beli kat kaunter hostel je so dapatla murah 500 yen. Banyak tu 500 yen bersamaan RM20. Diskaun ni untuk sapa2 yang stay kat Jhoppers Hostel je. 

Pukul 9.00 pagi bas mula gerak ke destinasi yang dituju. Dalam bas tak yah la cerita, sebab sepanjang jalan tour guide asyik pot pet pot pet bercerita. Sedar tak sedar dah sampai destinasi yang dituju. Layan je la gambar kat bawah ni ye. Sebelum tu nak bagitau, perkampungan ni berpenghuni. Bukan rumah kosong macam muzium ye. So kena behave, tak boleh bising-bising sangat ok. Ye la masuk kampung orang kan.... But "seriusli", bersih kot...

1st pit stop atas bukit sikit. Dari bukit ni boleh tengok view keseluruhan perkampungan Shirakawago ni. Belum masuk kampung lagi, baru acah2 tengok view daripada atas bukit.



WELCOME TO SHIRAKAWAGO
Rumah pertama dalam kampung ni yang berjaya menarik perhatian kami. Masih berpenghuni dan dijaga rapi. Hebatkan orang Jepun ni.

Dalam perkampungan yang bersih. Air longkang pun jernih. Ko hado? Hehe.












Bersihkan???

Geng excited tengok ikan dalam longkang. Hahaha..

Tak perlu pakai peti asi untuk sejukkan air. Air ni untuk dijual. Cuma dia tak masukkan dalam peti asi je. But trust me, sejuk ngalahkan peti ais. Tapi ikut musim jugak kot. Kena try datang summer tengok sejuk ke tak lagi. Hehe.

Masa kami pergi ni musim bungan. So banyakla bunga yang sedang cuba untuk menumbuhkan dirinya. Hehe..


Sungai yang memisahkan perkampungan Shirakawa.
Perlu naik jambatan ni untuk ke perkampungan Shirakawago tu. So misi kami dah selesai jom balik.
Sekian untuk hari ni. Hahaha....

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan comment anda di sini. Terima Kasih...

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang