center

Tuesday, 7 November 2017

Jepun 4 : Takayama to Tokyo

HARI KE-4 : Dari Pekan Lama Takayama Ke Tokyo


Rutin pagi kami masih sama. Bangun sebelum subuh, mandi, solat dan makan. Hahaha. Kalau tak makan tak leh jalan. Pitam oii. Pagi ni kami akan teruskan perjalanan untuk ke Tokyo pulak.

So,sebelum kami ambil tren menuju ke Tokyo, jom pusing-pusing tengok pekan Takayama dulu. Apa yang bestnya pekan ni pekan lama dan masih mengekalkan tradisi lama. Rumah semua kebanyakkannya rumah lama yang dijaga dengan baik. Kebersihan? Tak yah cakap banyakla memang bersih sebersih-bersihnya. Tak dapat dinafikan. Budak-budak pergi sekolah pun jalan dalam barisan elok je. Tenang dan mendamaikan. Pagi yang bersih dan indah untuk dinikmati. Kalau berpeluang ke sini, ambil la masa menikmati pagi di pekan lama ni. Boleh jalan-jalan dekat pasar pagi dorang. Miyagawa Morning Market atau bahasa melayunya Pasar Pagi Miyagawa. Hehe.




Masih awal, so jalan lengang takde kenderaan lalu-lalang






Ni la pasar pagi yang kami cakpkan tu. Sepanjang pasar pagi ni ada kedai jual serviner yang dah buka. So bolehla cuci mata.
Dibuka dari jam 6.00 pagi sampai tengah hari. Pukul 6 pun dah cerah macam pukul 9.00 huhu..


Takayama morning market is one of the biggest morning markets in Japan. It takes place at two locations: One is held in front of the Takayama Jinya, and the other at the Miyagawa River side. At the Miyagawa market, sixty shops and stalls are open in approximately 350 meters from Kaji bashi Bridge to Yayoi bashi Bridge along the Miyagawa River in the center of the town. The stalls on river side sell vegetables, fruits, pickles and spices while shops on the other side sell Japanese sweets and crafts.
Some shops sell Japanese souvenirs such as chopsticks and small items in addition to Takayama local souvenirs including sarubobo dolls and Ichii Itto-bori wooden carvings. 


Makcik ni mesti nak pi pasar pagi ni

Pi sekolah kaih


Penutup manhole kat Jepun ni semua bercorak. Macam-macam corak ada. Ada yang bewarna tau.





Last sebelum balik ke hostel dan check out untuk ke next destinasi. Hahaha...




Ok, sebelum ke Tokyo moh tengok dulu opsyen route train yang kami ada. Banyak lagi opsyen tapi ni yang kami decide to choose. 

Route 1 : Pada mulanya kami nak pilih route ni sebab tak perlu patah balik ke Toyama station so bolehla tengok view lain plak kan dan masa perjalanan pun cuma 295min sahaja. Tapi since route ni memerlukan kami keluar awal, dan takut tak sempat nak jalan-jalan menikmati pagi di Old Town Takayama so kami decide untuk menggunakan route 2. Tak nak terkejar-kejar. Kalau boleh biarla kita travel ni dengan tenang tak rushing sebab nak datang sini lagi entah bila kan. Ewahh...

Route ni kami REJECT!!

Dengam masa perjalan 313 minit, 2 kali transfer maka ini la route kami dari Takayama menuju ke Tokyo. Since kami punya hostel di Tokyo adalah di kawasan Shinjuku so route ni akan menghala terus ke Shinjuku Jr station la ye. Seperti biasa sebab dah beli JR Pass so naik tren just tunjuk pass je.



Takayama Station.
Station permulaan perjalanan kami ke Tokyo





Makan nasi dalam train. Senduk periuk nasi. Ko hado?? Takdo kan? hahaha
Tukar tren pulak

Sebab dah terror naik tren kan, sebelum sampai Shinjuku Stn. kami lencong kejap ke Tokyo Stn. sebab nak beli bento halal. Oppa jual bento pun semat aih. Hahaha. 

Actually nak cari makanan halal kat Jepun ni tak susah pun. Banyak dah kedai makanan halal. Surau pun dah banyak tempat disediakan. So don wori. Jepun dah ke arah mesra Islam gitu. Nak senang lagi install je apps Halal Gourmet Japan, Halal Navi etc untuk rujukan nanti. Kat mana jual makanan halal, kat mana surau, arah kiblat etc semua ada, so sangat berguna apps macam ni.


SHINJUKU 

Lepas seharian mengusung beg dari Takayama ke Shinjuku. Akhirnya kami sampai juga kat lokasi penginapan ni. So sepanjang 3H2M di Tokyo ni kami pilih untuk stay di Hikari Hotel, Tokyo berdekatan Shinjuku Jr Stn. Tapi kalau nak lagi dekat turun di Shin-Okubo Station so jalan tak jauh sangat nak ke Hikari Hotel ni. Kami pun turun di Shin-Okubo Station. Station ni lepas Shinjuku Station. Boleh tengok kat google map untuk jaraknya ye. 

Memang selalunya bila kami travel, lokasi hotel/hostel mestilah yang dekat dengan public transport untuk senang nak akses ke tempat lain. Hotel ni boleh booking melalui Agoda.com atau Booking.com. Compare harga tengok web mana murah then book la. Hehe.

Hikari Hotel, Tokyo.
Maaf gambar bilik tak dan snap sebab lapor. Hahaha

Lepas letak beg, ready untuk makan.
Ni la bento yang kami beli kat Tokyo Stn. tadi.
Harga bento ni Kebab bento 980 yen untuk yang box hitam ada daging tu.
Yang kotak 1 lagi tu harga dia 1,100 yen.
Sila jangan convert kalau tak nak makan pun macam tak tertelan. Haha..

Rupa bento selepas bogelkan kotak dia. Lapor sangat dah masa ni. Tapi masih gigih nak snap gambar bento.


Lepas makan, masa untuk bersihkan diri, solat dan rehat kejap. Sebelah malam kami pusing-pusing area Shinjuku.





Semua ni walking distance je daripada Hikari Hotel. Lepas dah puas pusing-pusing tengok orang Jepun yang 24jam sibuk sampai ke malam pakai kot hitam bawa beg bimbit masuk pub, kami pun balik tidur sebab esoknya masih banyak aktiviti nak buat. Banyak la sangat konon.Haha.

Actually kami travel ni takde la semua tempat nak pi. Just nak pusing-pusing tengok tempat orang je. Lebih kepada nak tengok culture dan nature je. Ewah... tapi betul. Tak tipu!! Haha...

Ok. Sekian untuk kali ni. Kos, iti dan bajet tunggu la kami update last sekali ok.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan comment anda di sini. Terima Kasih...

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang